Harapan penyanyi Yasin Sulaiman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Penyanyi Yasin Sulaiman dibebaskan dari hukuman penjara seumur hidup semalam dan 16 sebatan.

Dia juga diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenan Sultan Selangor.

Beliau sempat meluahkan harapannya yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah kata-katanya sebelum Mahkamah Rayuan membuat keputusan di atas.

“Saya bukan penjenayah, bukan penjahat. Hanya mencari penawar untuk penyakit saya dan kes ini pun tiada mangsa. Hanya saya mangsa undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan pengetahuan.

“Kanabis bukan dalam senarai narkotik. Kanabis adalah untuk rawatan dan perubatan. Itu dinyatakan sendiri oleh doktor professor Husein Habil dari Universiti Malaya yang menjelaskan kanabis boleh merawat autism, anxiety dan juga bipolar disorder.

“Saya pesakit bipolar yang telah menderita lebih 20 tahun dari rawatan betul. Makan ubat hospital kemudian saya cuba kanabis. Makan ubat hospital ada kesan sampingan, ya dan saya yakin ini adalah rawatan saya yang sebenarnya.

“Kita mesti keluarkan kanabis dari senarai narkotik.

“Saya rasa belum terlewat untuk ucap tahniah kepada Perdana Menteri yang kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah mengharungi perjuangan yang sungguh dahsyat. Teruklah tapi akhirnya dengan kuasa dan izin Allah, Allah telah melantiknya untuk jadi pemimpin kita hari ini.

“Begitu juga dengan saya. Saya harap diberi keadilan yang sewajarnya

“Saya harap Datuk Seri Anwar akan betulkan undang-undang archive, undang-undang lapuk yang tidak lagi menetapi perkembangan, pengetahuan, peradaban.

“Ini kes 39B. Datuk Seri Anwar pun pernah hadapi kes sebegini. Saya rasa dia faham.”

Yasin berkata demikian merujuk kepada seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

BACA JUGA: Inilah rupanya rumah yang perlukan Akta Pembaharuan Semula Bandar