‘Kena herdik dengan LOD, mencicit menyusun jari’
Seorang peguam menasihatkan generasi muda hari ini untuk tidak melampaui batas dalam melontarkan kritikan sehingga dikenakan tindakan undang-undang.
​Liyana Marzuki menerusi platform X berkata, sikap berhati-hati itu perlu diamalkan supaya tidak menyesal apabila menerima surat tuntutan atau Letter Of Demand (LOD).
“Pada saya, lelaki yang berani dan hebat, ialah lelaki yang boleh mengawal diri dan mengawal emosi sendiri.
“Bukan acah-acah berani mati. Bila kena herdik dengan LOD, mencicit menyusun jari.
“Anak-anak muda berhati-hati. Nak kritik dan komen silakan. Tapi kita ini orang Timur dan orang Islam.
“Jaga kelaku dan bahasa. Jangan terikut perangai keyboard warrior dan cytros yang ada. Depa tu untuk fitnah pun dibayar,” katanya.

Pengendali podcast Jangan Pajak Otak (JPO) itu berkata demikian mengulas tohmahan seorang pengguna Facebook, Naziron Mohamed terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Selepas menerima surat tuntutan atau saman dari Dr Zaliha, pemuda berkenaan telah ke pejabatnya di Putrajaya untuk memohon maaf.

Mengulas lanjut, Liyana berpendapat kualiti sosio-politik semakin merudum.
“Maka lahirlah pengundi seperti saudara ini. Berpolitik bukan cara Nabi.
“Diikutnya perangai Arab Jahiliyah. Set-set Abu Jahal, penghina Rasullullah.
“Inilah kualiti orang muda kita. Nampak berani atau kuatkah mereka?” bidas Liyana lagi.
BACA JUGA Luar biasa ADUN PN ini mengamuk anggap nyanyi Negaraku ‘unusual’