Orang menjual, kita membeli, kata Dr Zulqarnain kepada Adun Pas Sura

Peguam Zulqarnain Lukman bersedia berdepan dengan tindakan saman daripada Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi, Adun Sura dari Pas di Terengganu.

“Nampaknya Adun Sura agak emosi dengan pandangan awam.

“Jika kita menjadi ahli parlimen atau Adun sepatutnya kita perlu lebih cool dan tidak terbawa bawa dengan komen awam.

“Namun, jika Adun Sura hendak menjual kita sedia untuk membeli.

Zulqarnain turut menambah bahawa Fakhruddin mungkin tidak memahami maksud istilah menghasut dalam undang-undang.

“Sebelum itu, diharapkan YB memahami dahulu istilah menghasut dan kecenderungan menghasut. Istilah ini mempunyai maksud berbeza dalam undang-undang berkaitan akta hasutan.

“Ada puluhan kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang mengenai maksud istilah ini.

Isu ini tercetus ekoran kenyataan Fakhruddin berkenaan orang Melayu Singapura yang memberikan gambaran bahawa Fakruddin menghasut masyarakat mengurangkan kepercayaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Pagi ini Tengku Fakhruddin berkata beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Tuduhan ini bukan sahaja mencemar reputasi saya sebagai wakil rakyat, malah cuba mencetuskan persepsi buruk yang berunsur fitnah terhadap saya secara peribadi dan politik.

“Saya sedang mengambil langkah undang-undang terhadap Zulqarnain atas kenyataan liar dan bersangka buruk ini.

“Jangan menggunakan title ‘pakar perlembagaan’ tersebut untuk membuat sebarang tuduhan dan membawa persepsi jahat kepada seseorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA:Adun Sura mahu saman Dr Zulqarnain kerana dakwa dia hina Agong