Tun M dakwa Melayu akhirnya tinggal di pinggir hutan
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan makna kemerdekaan jika negara dimiliki orang lain dengan bangsa Melayu akhirnya akan tinggal di pinggir hutan.
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan mendakwa, tanah air ini bukan lagi milik orang Melayu.
“Akhirnya, orang Melayu akan tinggal di pinggir hutan. Tanah Melayu bukan lagi milik orang Melayu.
“Apa makna kemerdekaan jika negara dimilik orang lain,” tulis mantan Perdana Menteri dua kali itu menerusi hantaran di Facebook dan X pagi ini.
Beliau yang bakal menjejak usia 100 tahun pada 10 Julai nanti berkata, bangsa Melayu kehilangan empat negeri kepada Thailand, Kepulauan Riau dan Singapura.
“Semenanjung yang tinggal dari Perlis ke Johor juga separuh telah dijual kepada orang lain.
“Proses penjualan tanah oleh orang Melayu akan diteruskan,” ujar bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu lagi.
BACA JUGA Luar biasa ADUN PN ini mengamuk anggap nyanyi Negaraku ‘unusual’