Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan

Ringgit mengukuhkan kedudukannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup semalam, tertinggi dalam tempoh enam bulan.

Mata wang negara meningkat kepada 4.3245/3300 berbanding dolar AS.

Ringgit turut mencatatkan prestasi kukuh berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan menunjukkan prestasi baik setakat ini meningkat 3.4 peratus, merupakan antara yang tertinggi di rantau Asia.

“Setakat ini, yen Jepun dan dolar Singapura masing-masing mencatatkan 10.3 peratus dan 4.4 peratus,” katanya menurut Bernama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3027/3074 daripada 3.3198/3238 pada Isnin dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9399/9629 daripada 12.9517/9743, naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.72 daripada 7.73/7.74 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 257.9/258.4 daripada 258.7/259.1

BACA JUGA Harapan penyanyi Yasin Sulaiman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim