PMX sakan kena perli tapi Sanusi kerap nyanyi, pembangkang diam pula
Tular sedutan video Perdana Menteri kelihatan terhibur semasa seorang penyanyi wanita mendendangkan lagu “Tunggu Sekejap” nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee.
Perkongsian itu mengundang sindiran pembangkang termasuk kononnya mereka mahu mengikut pemimpin yang berdamping dengan al-Quran bukannya hiburan.

Malah, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik turut mengulas klip rakaman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
“Walau kami terpaksa kalah 1,000 kali, kami tetap akan terus istiqamah dgn kepimpinan ulamak Islam yang warak.
“Walau seribu kali pemimpin kami dicaci dan dihina, kami tetap akan bersama mereka,” kata Mokhtar menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Reaksi penyokong dan pemimpin Pas itu dilihat seolah-olah mereka lupa dengan kekerapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menyanyi.
Sanusi dilihat suka menyanyi bahkan sebelum ini sakan menyanyi ‘live’ di TikTok dengan alasan bukan menjadi suatu kesalahan selagi tidak menyalahi perundangan atau agama.
Malah, dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon lalu, Sanusi di atas pentas berduet dengan Aris Ariwatan menyanyikan lagu “Lamunan Terhenti”.
Mengulas sikap pembangkang itu, pemerhati politik, Najib Bakar mengaitkan gelagat Sanusi menyanyi di pentas yang kini tular di media sosial.
“Bila PMX menyanyi, depa perli macam ni. Bila Sanusi menyanyi dengan mic di khalayak ramai walaupun lari tempo, lari pitching, depa diam. Mangkaq ubi,” tempelaknya.
BACA JUGA ‘Pas yang sucikan DAP, membuak cemburu bila ada cuba berkawan dengan jandanya’