Rafizi tenang ulas isu semasa di Facebook di sebalik dakwaan letak jawatan

Laporan sebuah portal media yang mendakwa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ingin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR menjadi tanda tanya ramai.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi ketika ini telah memohon cuti selama beberapa hari.

Keputusan beliau bercuti sebaik selepas tamat pemilihan parti membuatkan ramai percaya bahawa permohonannya bercuti berkait dengan pemilihan PKR baru-baru ini.

Namun di sebalik spekulasi yang sedang diperkatakan, hantaran Facebook Rafizi Ramli yang sepertinya sudah kembali bekerja mencuri perhatian ramai.

Beliau mengulas isu semasa berkaitan dengan kempen Pas-PN yang menyalahkan Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Video terbaru beliau dengan cepat mendapat ribuan komen dan reaksi yang antaranya membangkitkan soal kesahihan hasrat peletakan jawatannya dan isu cuti.

Sebelum ini Perdana Menteri berkata permohonan cuti Rafizi adalah perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti.

BACA JUGA Pengusaha kebun kelapa didakwa ditindas kerajaan Terengganu, Exco Pas didesak beri penjelasan