Berita baik buat rakyat Malaysia, bekalan telur ayam khas dipertingkatkan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pihaknya akan meningkatkan bekalan telur ayam khas Gred C ekoran permintaan tinggi di pasaran.
Telur khas tersebut telah dijual murah pada harga Rm5 sepapan ketika diperkenalkan pada bulan Ramadan dan ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna.
Bekalan telur Gred C ini juga akan menstabilkan harga telur apabila pemberian subsidi telur ayam ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos.
“Kita juga nak perbanyakkan telur khas tang lebih murah yang bulan Ramadan baru ni sampai RM5 satu papan”, katanya di Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan, Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, beliau menambah bahawa larangan mengeksport telur ayam ke luar negara dikekalkan.
Pengecualian diberikan hanya kepada syarikat yang terikat kepada perjanjian sebelum ini
Larangan tersebut dikuatkuasakan bagi memastikan keberadaan bekalan telur di pasaran tempatan.
BACA JUGA: Subsidi dah turun, bagaimana harga kawalan telur ayam? Ini penjelasan KPDN