Inisiatif kesihatan paru-paru Malaysia ke persada antarabangsa

Inisiatif Kesihatan Paru-paru Malaysia 2025-2030 (LHIM 2025-2030) akan dibawa ke peringkat antarabangsa melibatkan 14 negara.

Antara negara – negara yang terlibat termasuklah China dan Rusia.

Inisiatif ini akan dibentangkan di dalam sidang mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), umum Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Inisiatif Kesihatan Paru-Paru atau Lung Health Initiative 2025-2030 ialah pendekatan baharu kerana menggabungkan kedua-dua tidak berjangkit (NCDs) dan berjangkit (CDs),” kata Dr Dzulkefly dalam sesi taklimat media berhubung inisiatif ini di Kementerian Kesihatan pagi ini.

“Buat pertama kali, penyakit tidak dipisahkan secara silo.

“Integrasi ini akan gabungkan, secara holistic, pelbagai sektor termasuk kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, dan badan-badan professional.

Contoh badan professional ialah Malaysian Institute of Safety Health Association yang mempunyai keahlian daripada sektor ekonomi yang melibatkan pendedahan pekerja kepada risiko terhadap penyakit berkaitan kesihatan paru-paru.

“Inisiatif ini kita angkat ke peringkat antarabangsa di mana 14 negara termasuk Rusia, China. Ini kerana NCD dan CD digabung jalin.

Beliau turut menekankan kepentingan inisiatif ini terutamanya kepada warga kerja terutamanya dalam menangani absenteeism dan presentism.

Absenteeism merujuk kepada ketidakhadiran

Presentism pula ialah kehadiran tanpa produktiviti yang optima.

BACA JUGA: Dr Dzulkefly bersuara, tak halang buat protes tapi harap faham perjuangan KKM