MMA menentang penguatkuasaan peraturan mewajibkan tanda harga, inilah sebabnya

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan bahawa penentangan mereka terhadap penguatkuasaan peraturan mewajibkan tanda harga adalah kerana akta yang digunakan oleh kerajaan itu adalah tidak tepat.

Menurut mereka, penentangan yang membawa kepada keputusan untuk menganjurkan himpunan “Doktor Dikhianati: Perarakan ke Putrajaya adalah berpunca dari penggunaan Akta Kawalan Harga dan Anti – Pencatutan 2011.

Perarakan protes ini akan bermula dari Kementerian Kesihatan ke Jabatan Perdana Menteri.

Akta yang dikenali juga sebagai Akta 723 ini mewajibkan penggunaan tanda harga.

“Protes jalanan ini adalah bertujuan untuk menyuarakan rasa putus asa para pengamal perubatan terhadap penggunaan Akta 723,” kata pengerusi bahagian Pengamal Perubatan Swasta MMA, Datuk Dr Parmjit Singh Kuldip Singh.

Ini kerana akta ini tidak berkaitan dengan dunia perubatan.

Menurut mereka undang-undang yang sepatutnya digunakan ialah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Perarakan yang akan berlangsung pada hari Selasa ini juga bertujuan membangkitkan persoalan yang belum dijawab berkaitan tanda harga dan harga rundingan pengamal perubatan swasta yang tidak berubah sejak tahun 1992.

BACA JUGA: Dr Dzulkefly bersuara, tak halang buat protes tapi harap faham perjuangan KKM