Tan Sri dalam siasatan SPRM…

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang individu yang bergelar Tan Sri ekoran siasatan terhadap tuntutan palsu yang berjumlah ratusan juta ringgit di dalam sebuah projek lebuhraya di Lembah Klang.

“Seorang Tan Sri kini di Bawah radar SPRM berhubung kes ini,” kata sumber, lapor New Straits Times.

SPRM mengalihkan tumpuan kepada Tan Sri ini selepas menahan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya kerana disyaki bersubahat dalam mengemukakan tuntutan palsu.

Suspek yang dalam lingkungan umur 40an tersebut ditahan pada malam Jumaat selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Dia ditahan reman selama tiga hari.

Menurut satu lagi sumber, bekas CEO ini dipercayai memalsukan dokumen untuk menuntut RM360 juta dalam bentuk dana sukuk yang berkait dengan projek lebuhraya bernilai RM1.3 billion.

Pada awal minggu ini empat orang termasuk seorang Datuk Seri telah dibebaskan di atas jaminan.

Empat orang tersebut termasuk seorang wanita ditahan untuk kesalahan yang dilakukan di antara 2016 dan 2017.

BACA JUGA: MP Pas perlekeh lawatan Menteri KPKT ke flat uzur, anggap macam lawatan sekolah