Agong dah tawarkan dulu tapi Pas tolak, hari ini PN meroyan
Perikatan Nasional (PN) dilihat meroyan mahu menubuhkan kerajaan walaupun pernah menolak peluang membentuk kerajaan selepas PRU-15 apabila dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Malah, Timbalan Presiden Bersatu Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin berkata, partinya terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO selain mengaitkan institusi diraja untuk berperanan menyatukan parti Melayu.
Pada 2022, selepas keputusan PRU-15 menyaksikan Parlimen tergantung, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah membuka ruang untuk gabungan politik termasuk Pas dan PN menyertai Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara.
Namun, Pas sombong memilih untuk menolak cadangan Seri Paduka Baginda dengan alasan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Pada masa ini, setelah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berfungsi dengan mandat yang sah dan sokongan majoriti Dewan Rakyat, PN pula seolah-olah tidak sabar mahu menggulingkan kerajaan.
PN memainkan sentimen kaum dan naratif kononnya kerajaan MADANI hari ini tidak stabil, meskipun telah mendapat keabsahan Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun Kerajaan Perpaduan realitinya terbentuk hasil gabungan 18 parti yang berbeza, PN terus menjaja naratif UMDAP sebagai helah meraih sokongan masyarakat Melayu.
Logik UMDAP daripada PN juga adalah ‘ke laut’ memandangkan gabungan UMNO dan DAP hanya berjumlah sekitar 70 kerusi, sedangkan fakta sudah jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan pada masa ini mempunyai 153 kerusi.
Ketika Kerajaan Perpaduan terus memacu agenda ekonomi, pelaburan dan kestabilan sosial, pembangkang cenderung mengheret negara ke kancah ketidaktentuan demi kepentingan politik sempit mereka.
Pembangkang dengan kepimpinannya terutama Bersatu yang kini tertekan dengan isu dalaman, pendakwaan pemimpin, dan kekangan dana terus gagal memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif.
Pas juga yang seperti pelacur turut membuka mulut kononnya menerima dan terbuka untuk kerjasama dengan Umno walaupun Kerajaan Perpaduan masih mempunyai lebih separuh penggal untuk melaksanakan dasar dan agenda reformasi demi negara.
BACA JUGA Langkah hadapi tarif timbal balas AS: PMX bakal perjelas di Parlimen hari ini