Buat kediaman baru untuk rakyat dianggap zalim?, nak mundur sokonglah Pas

Sikap Pas yang memperlekeh usaha kerajaan untuk membangunkan semula kawasan bandar, khususnya kediaman usang dan tidak selamat, bukti hendak mundur sokonglah parti pembangkang itu.

Ramai melontarkan kecaman dan sindiran terhadap Pas seperti terpampang dalam Facebook rasmi Pemuda Pas Malaysia yang menggunakan kapsyen angkuh, “Kami akan terus lawan dasar yang menindas rakyat!”

Hantaran itu merupakan sedutan sidang media sayap Pas tersebut kelmarin mengenai himpunan bagi membantah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) pada 14 Jun depan.

Antara alasan bantahan pembangkang itu adalah RUU URA mestilah dijalankan secara adil, telus, dan tidak sesekali mengorbankan hak penduduk asal demi keuntungan pihak berkepentingan.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menyelar Pas yang mempolitikkan langkah kerajaan MADANI untuk memastikan rumah didiami rakyat memenuhi standard keselamatan, keselesaan dan guna pakai moden.

“Buat rumah baru untuk rakyat dikira zalim? Rumah tu dah lama sangat… Ada yang cuma dua bilik tidur dan satu bilik air. Kebersihan jangan kiralah, kotor ya amat,” kata Mazlan Lanz.

“Dari duduk berhimpun, bagus semua Pemuda Pas Dan Unit Amal buat kebajikan di flat-flat usang KL. Buatlah operasi fogging ke, operasi pembersihan ke, operasi baiki rumah-rumah flat ke, operasi jualan amal ke, ada juga kebaikannya. Dok berhimpun sambil terjerit-jerit ni retorik semu,” bidas Mustapha Pungut.

“Melawat flat daif ❌, Melawat sungai taik babi ✅,” perli Mohammad Fadzli Ramli.

Pada 29 April lalu, tiada seorang pun wakil pembangkang hadir dalam lawatan ke empat lokasi projek berkaitan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sekitar Kuala Lumpur bagi memberi pemahaman lebih mendalam tentang kepentingan PSB dan impaknya kepada komuniti setempat.

Padahal, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengundang mereka secara rasmi sebanyak dua kali.

Sebaliknya, Pas merancang mengadakan perhimpunan pada 14 Jun depan bagi membantah PSB yang dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Susulan itu, Kor Ming secara sinis mengundang Ahli Parlimen pembangkang yang menentang PSB mendiami flat usang bersama keluarga mereka.

BACA JUGA Antara kepimpinan berwawasan dengan kebankrapan politik