Keputusan pemilihan PKR peringkat cabang sah – Fuziah
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk mengesahkan keputusan pemilihan peringkat cabang yang dipertikaikan, kata Setiausaha Agung parti itu, Fuziah Salleh.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MPP malam tadi tetapi tidak memperincikan bagaimana keputusan itu dicapai.
Menerusi kenyataan media hari ini, Fuziah memaklumkan keputusan muktamad untuk Pemilihan 2025 melibatkan 220 Cabang akan dipamerkan bermula hari ini.
Dalam masa sama, beliau memberitahu satu Jelajah Pra Kongres ke seluruh negara termasuk
Sabah dan Sarawak akan digerakkan oleh ibu pejabat.
Ia bagi memastikan bahawa para perwakilan menerima maklumat tepat dan komprehensif dalam membuat persiapan rapi untuk ke Kongres kelak.
“Ibu pejabat juga akan menyediakan platform khas sewaktu Jelajah Pra Kongres
tersebut untuk semua calon Majlis Pimpinan Pusat bertemu dengan para perwakilan
dan memperkenalkan diri masing-masing sebagai calon kelak,” kata Fuziah lagi.
BACA JUGA Agong dah tawarkan dulu tapi Pas tolak, hari ini PN meroyan