Minyak sawit jadi industri yang dapat manfaat ekoran perang tarif AS

Kerajaan diminta mengambil kesempatan daripada perang tarif Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan pengeluaran minyak sawit di Malaysia.

Ini kerana, minyak kelapa sawit kini berpotensi besar mendapat manfaat daripada perang tarif ini ekoran pesaing Malaysia dalam industri sawit dikenakan tarif yang lebih tinggi oleh Amerika Syarikat.

Ahli Parlimen Jelebu (Datuk Seri Jalaluddin bin Alias – BN) dan Tangga Batu (Bakri bin Jamaluddin – PN) meminta kerajaan memberikan fokus kepada kelapa sawit selepas sektor lain bakal terkesan teruk akibat perang tarif Amerika ini.

Bagi mereka, kerajaan perlu meningkatkan pengeluaran minyak sawit Malaysia untuk mengambil manafaat ini dengan mempertingkatkan pengeluarannya.

Kedua-duanya membahaskan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan penerangan pada sesi mesyuarat khas berkenaan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat di sini

Indonesia yang menjadi pengeluar minyak sawit nombor satu dunia kini berdepan dengan 32 % tarif Amerika, ketika Malaysia hanya dikenakan 24 % tarif sahaja. Thailand pula dikenakan 36 %, pengeluar ketiga minyak sawit dunia.

Amerika menjadi pengimport minyak sawit Indonesia yang ke empat dunia selepas China, India dan Pakistan.

Indonesia kini bimbang kerana kadar tarif pesaing utama negara itu, Malaysia, dikenakan tarif yang lebih rendah oleh Amerika.

Ekoran itu, Eddy Martono, Pengerusi Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI) mencadangkan agar negara itu mencari pasaran baru selain Amerika termasuk Eropa, Afrika dan Timur Tengah.

Berdasarkan data Badan Pusat Statistik (BPS), Indonesia, pertumbuhan eksport minyak kelapa sawit naik cukup signifikan dalam 12 tahun terakhir.

Pada 2012, pengirimannya mencapai 58,200 ton dengan nilai transaksi US$55.5 juta. Setahun kemudian, pengiriman minyak kelapa sawit ke Amerika naik signifikan. Indonesia mengekspor 468,800 ton dengan nilai transaksi mencapai US$356,8 juta.

BACA JUGA Kerajaan tingkat skim jaminan RM1 bilion, dana pembiayaan mudah RM500 juta depani kesan tarif AS