Pilih berehat dulu bukan PRK khas untuk saya, kata Tengku Zafrul

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan tidak akan menerima tawaran jika diadakan pilihan raya kecil untuk dirinya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkenaan berkata demikian dalam wawancara di saluran radio BFM ketika diminta mengulas mengenai tempohnya sebagai Senator yang akan berakhir hujung tahun ini.

“Tidak. Saya tidak akan terima tawaran seperti itu.

“Secara jujurnya, saya rasa rakyat tidak akan menyambut baik sebarang langkah untuk adakan pilihan raya kecil hanya untuk orang macam saya.

“Saya bukanlah ahli politik yang sangat senior. Saya rasa ia hanya akan membebankan kerajaan dari segi kos, masa dan sumber,” katanya.

Tengku Zafrul menambah beliau cenderung menyumbang kepada rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

“Saya lebih gemar menyumbang dengan cara lain dalam tempoh satu setengah atau dua tahun lagi,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan untuk meneruskan penglibatannya dalam politik tanah air.

“Saya tidak akan meninggalkan dunia politik. Saya mahu berkhidmat untuk rakyat jika ada peluang.

Mac lalu, Tengku Zafrul menyatakan hasrat untuk keluar daripada UMNO, seperti disahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 9 Februari lalu, Tengku Zafrul yang juga Ketua Bahagian UMNO Kota Raja dilaporkan akan mengumumkan keputusan ura-ura beliau akan meninggalkan parti tersebut.

@bfmradio

Minister of Investment, Trade and Industry Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tells us about: •⁠ ⁠The direct and indirect impact of tariffs •⁠ ⁠Competing vs collaborating with ASEAN members •⁠ ⁠Progress on Malaysia’s free trade agreement with the EU •⁠ ⁠Malaysia’s political middle ground This interview was filmed on 3rd March 2025. Watch the full interview on BFM’s YouTube channel. The Breakfast Grille is brought to you by U Mobile. #tengkuzafrul #politikmalaysia #parlimenmalaysia

♬ original sound – BFM89.9 – Bold Frank Media – BFM89.9 – Bold Frank Media

BACA JUGA Buat kediaman baru untuk rakyat dianggap zalim?, nak mundur sokonglah Pas