Rancangan terbaharu Israel terhadap Semenanjung Gaza
Israel telah meluluskan rancangan menawan Semenanjung Gaza dan kekal di situ untuk tempoh yang tidak ditetapkan.
Jika dilaksanakan, langkah ini akan meningkatkan operasi tentera Israel di Palestin dan ditentang di persada antarabangsa.
Rancangan ini dibuat agar Israel mencapai matlamat menewaskan Hamas dan membebaskan tawanan Jamas yang ditahan di Gaza.
Ia juga akan memaksa ribuan orang Palestin ke selatan Gaza, sekaligus memburukkan lagi krisis kemanusiaan.
Buat masa kini, Israel mengawal lebih kurang 50 peritus wilayah Gaza.
Selain itu, rancangan ini bertujuan untuk mencegah anggota Hamas mengedarkan bantuan kemanusiaan.
Sebaliknya bantuan kemanusiaan akan diedarkan menerusi syarikat keselamatan persendirian.
PBB telah menegaskan bahawa ia tidak akan terlibat dengan rancangan Israel ini, lapor Associated Press.
Semua jenis bantuan akan memasuki Gaza menerusi lintasan Kerem Shalom. Sebanyak 60 lori akan berulang alik setiap hari dan mengedarkan 20 kilogram bungkusan bantuan.
PBB mengkritik rancangan ini kerana ia bertujuan untuk menggunakan bantuan kemanusiaan sebagai alat untuk memberi tekanan.
BACA JUGA: Malaysia akan terima 15 orang tahanan Palestin sebagai komitmen negara OIC sokong gencatan