Ada sebab dua Cabang PKR ini sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disaran untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Ketua Cabang Seremban, Noor Iskandar Mohamed Noor, berkata okongan penuh untuk Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden demi memperkukuhkan lagi parti yang membawa suara semua rakyat Malaysia.
Jelasnya, tidak timbul isu ‘dinasti keluarga’ menguasai PKR kerana jika dilihat parti DAP dan UMNO, juga pernah melakukan perkara sama.
“Yang penting ketokohan dan kredibiliti seorang pemimpin itu perlu diukur melalui pencapaian dan prestasinya.
Nurul Izzah yang pernah disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam ‘Project Syndicate Forward Thinkers List’, sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR yang akan berlangsung 24 Mei ini.
Sementara itu, Ketua Cabang Batu Gajah, Tamil Selvan, berkata sudah tiba masanya semua cabang PKR tampil untuk membuat pendirian sama demi menjamin masa depan parti itu.
Menurutnya, ini adalah masa yang tepat untuk mengangkat pemimpin yang banyak berjasa dan berkorban untuk parti.
“Nurul Izzah sudah melalui detik yang cukup mencabar dalam sejarah perjalanan parti ini.
“PKR memerlukan pemimpin yang kukuh dan mantap untuk mengharungi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Johor, Melaka dan juga Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-16.
“Kita perlu perkasakan parti, jadi pemilihan ini cukup penting untuk menubuhkan pasukan Presiden yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA JUGA ‘Puak Pas perangai pelacur, mahu gabung dengan Umno sebab nak rampas kerajaan’