‘Puak Pas perangai pelacur, mahu gabung dengan Umno sebab nak rampas kerajaan’

Pas seolah-olah seperti pelacur apabila mahu bergabung dengan Umno demi keinginannya ntuk merampas kerajaan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abd Hadi.

Menurutnya, Pas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 lalu, berdegil sanggup menjadi pembangkang.

Namun, pendirian itu berubah dengan seorang demi seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) menyebut tentang gabungan bersama Umno.

“Pas ini sebiji macam perangai pelacur. Dulu sebelum PRU15, dia (Pas) kata sanggup jadi pembangkang.

“Ketika Yang di-Pertuan Agong tawarkan kepada Pas pembentukan Kerajaan Perpaduan, bergabung dengan BN, Pas tak mahu.

“Sebab dia kata dah ‘cukop jumeloh’, katanya. Tak perlukan Umno.

“Hari ini, satu demi satu pimpinan Pas tunjuk perangai gila talak dengan Umno,” tempelaknya menerusi TikTok beliau.

Dalam masa sama, Wan Hadi membidas alasan pembangkang kononnya kerjasama dengan Umno demi penyatuan ummah, Melayu dan Islam.

“Dulu, itu semua sandiwara semata-mata. Boleh Kerjasama bukan sebab kepentingan kuasa.

“Pas nak bergabung dengan Umno kalau bukan sebab kuasa, sebab apa? Nak bergabung dengan Umno sebab nak rampas kerajaan. Itu bukan sebab kuasa, ke?” tegasnya.

Justeru, beliau berpendapat akar umbi Umno boleh menilai niat Pas kerana sudah tahu sejarah pengkhianatan Pas dalam kerjasamanya dengan Umno sebelum ini.

“Apa yang Pas buat kepada Umno? Sejarah pengkhianatan Pas terhadap Umno.

“Pas tubuh Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu dalam keadaan Pas masih bersama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN),” tambah Wan Abd Hadi lagi.

@wanhadi21

PAS sedia kerjasama dengan UMNO ??? Betul apa yang Tengku Razaleigh sebut dulu ! #umno #pas #muafakatnasional #perikatannasional #afnanhamimi #pemudapas

♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N

BACA JUGA Pensijilan halal, mekanisme harga telur: Ini sebabnya Bank Dunia puji Malaysia