Kalah di Ayer Kuning, Bersatu atau Pas tinggalkan PN dulu?
Oleh AHMAD MURSI
Selepas Pas kalah teruk di Ayer Kuning, dengan tiga peti undi kalah kepada PSM, Hanya satu dari 22 peti undi Pas menang tipis — PN nampaknya gelabah.
Dengan muka ketat, pimpinan Pas (Sanusi) kata, “Undi asas Pas tak lari.”
Tapi yang Pas tak nak rakyat tahu: gabungan undi PH-BN telah ranapkan PN di Ayer Kuning, sama seperti di beberapa PRK sebelum ini.
Undi UMNO juga telah kembali semula kepada UMNO, dan Bersatu tahu dia akan mati.
Kerana hal yang sama akan berlaku di seluruh Malaysia pada PRU akan datang, dan banyak kerusi PN akan tumbang bila undi BN dan PH bergabung.
Maka, Hamzah tawarkan kerjasama dengan UMNO, agar akhirnya boleh “bunuh” UMNO — kerana itu pun tujuan Bersatu ditubuhkan.
Lagi pula, pimpinan Bersatu tahu beberapa pimpinan Pas dah pergi berlutut kepada PMX untuk menyertai Kerajaan Perpaduan dan tinggalkan Bersatu.
Tindakan memandai-mandai Hamzah ini terpaksa dinafikan Muhyiddin kerana, katanya, Bersatu tak bincang pun.
Afnan Hamimi katakan, dalam nada “tak heran” dengan move Bersatu, Pas pun bersedialah kerjasama dengan UMNO.
Begitulah drama “retak menanti belah” yang kita nampak sehari dua ini — meroyan akibat kalah teruk di Ayer Kuning. Kita tenang-tenang saja makan popcorn.
BACA JUGA ‘Puak Pas perangai pelacur, mahu gabung dengan Umno sebab nak rampas kerajaan’