Kenapa pembangkang ‘koyak’ lihat gambar Rafizi dan PMX ini?
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Jepun, Kishida Fumio di Putrajaya hari ini.
Kehadiran Rafizi dilihat netizen boleh menjadikan pembangkang ‘koyak’ memandangkan sebelum ini mereka berspekulasi apabila Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan mengambil cuti.
Bahkan, kelmarin Ahli Parlimen Pandan berkenaan tetap menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Putrajaya walaupun sedang bercuti.
Perkara itu disahkan Perdana Menteri yang menyatakan Rafizi hadir mesyuarat kelmarin bagi membincangkan keputusan pemilihan PKR pada peringkat cabang.
Terdahulu, Rafizi dilaporkan mengambil cuti, sekali gus menjadi buah mulut dalam kalangan akar umbi PKR terutama menjelang proses pencalonan bagi Pemilihan Keadilan 2025.
Perdana Menteri sebelum ini bagaimanapun menegaskan tindakan Rafizi mengambil cuti, tidak perlu dijadikan isu.
Pemimpin berusia 47 tahun berkenaan dikatakan mengambil cuti sehingga 31 Mei ini, ketika proses pemilihan PKR kini sedang berlangsung dengan pencalonan pemilihan PKR 2025 peringkat pusat akan diadakan minggu ini.
Proses pemilihan parti peringkat pusat sepatutnya telah berlangsung tetapi ditangguhkan beberapa hari.
Penangguhan itu dikatakan dikaitkan dengan tindakan Rafizi yang dilaporkan bercuti ‘selama beberapa hari’.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, bagaimanapun dilaporkan menolak spekulasi terbabit sebelum ini.
BACA JUGA PM terima kunjungan hormat dari syarikat gergasi dunia dalam pengkomputeran