Parti serpihan Umno tak layak bicara soal penyatuan parti Melayu

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi mengakui bahawa institusi Raja-Raja Melayu boleh menyatukan parti orang Melayu seperti yang disarankan oleh timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Walau bagaimanapun beliau menyoal mengapa Bersatu tidak berbuat demikian ketika berpeluang berbuat demikian seusai pilihanraya umum di atas nasihat Agong.

Justeru itu, beliau sangsi berkenaan motif Hamzah menyeret istana dan berbicara soal penyatuan Melayu.

“Masalahnya kenapa bila YDP Agong ke 16 memberi nasihat parti parti politik sertai kerajaan perpaduan, PN khususnya Bersatu menolak mentah mentah? Walhal ia membantu politik Melayu dominan.

“Kenapa sekarang mahu mengheret Istana? Sebab itu keikhlasan Bersatu diragui.

“Sebenarnya Bersatu tersepit. Parti itu bimbang lambat laun ia tidak lagi relevan apa lagi jika ditinggalkan oleh PAS.

Bersatu tahu, UMNO tidak berminat untuk bergabung dengan parti itu.

“Justeru Bersatu jangan main politik dengan mengheret pihak Istana. Lagi pun Bersatu tidak layak bercakap pasal penyatuan. Ia serpihan UMNO.”

BACA JUGA: Agong dah tawarkan dulu tapi Pas tolak, hari ini PN meroyan