Dari 11 pagi sampai 5 petang Ismail Sabri beri keterangan di SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 5 petang tadi, selepas hampir enam jam disiasat.
Beliau tiba di Ibu Pejabat suruhanjaya itu kira-kira jam 11 pagi tadi.
Walaupun sudah beberapa kali Ismail dipanggil ke SPRM, namun siasatan terhadap kes berkenaan masih berada di peringkat awal dan setakat ini telah mencapai tahap antara 15 hingga 20 peratus.
SPRM menjalankan siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ismail.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat antara lain membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
BACA JUGA Minta maaf tak ikhlas, KPN mohon kebenaran mahkamah penjarakan Papagomo