‘Membangun gapo namo? Bonus pun tunggu Kerajaan Pusat bayar’
Video perkongsian sorotan aktiviti Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sepanjang April lalu dilihat hanya mengundang kecaman orang ramai.
Klip berdurasi 5 minit 33 saat melibatkan Naib Presiden Pas itu dihujani kritikan dan sindiran termasuk isu bonus duit raya kepada penjawat awam negeri pun harapkan Kerajaan Pusat.
“Cukup-cukuplah lipak walaun atas bawah. Membangun gapo namo? Bonus pun tunggu Kerajaan Pusat bayar. Malulah sikit,” kata @Tomiceman88.
“Bila kita takde duit nak bayar bonus kita minta dana dari pusat maksudnya, kan. Kalau kita nak berjalan makan angin, jadi kita jalan sorang-sorang. Betul tak YB?” kata @mysahar.
“Kerajaan negeri bawah kepimpinan YAB kena juga tunjuk data kemasukan pelabur ke negeri. Ada peningkatan ke tak pelaburan tu? Kalau langsung tiada pelabur tu YAB kena ambil langkah proaktif,” tulis @MYjayRaj.
Tidak kurang juga yang menyindir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Kemaman itu yang pernah heboh dikatakan pergi ke London untuk sesi dialog di kedai mamak.
“Tiada sorotan melancong sambil minum di kedai mamak di London ke YB?” perli netizen lagi.

Untuk rekod, Terengganu berada dikedudukan kedua terakhir mengikut data kelulusan pelaburan bagi negeri-negeri di Malaysia pada 2024.
Jumlah kelulusan pelaburan di negeri itu hanyalah RM399.7 juta walaupun gaji Menteri Besar dilapor antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
BACA JUGA Mengapa Mahiaddin cepat longlai, takut dengan ‘Malay First’?