Penjawat awam sekitar lokasi sidang kemuncak ASEAN dibenar kerja dari rumah

Kerajaan membenarkan penjawat awam yang bekerja di sekitar berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN akhir bulan ini untuk bekerja daripada rumah.

Pada masa sama, Kementerian Pendidikan akan mengenal pasti sejumlah sekolah yang berada dalam laluan sidang kemuncak dan para pelajar akan dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Senarai penuh akan diterbitkan oleh pihak KPM nanti. Kita juga membincangkan mengenai pekerja swasta.

“Perdana Menteri menyatakan bahawa syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di kawasan-kawasan terlibat semasa Sidang Kemuncak ASEAN turut digalakkan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah,” katanya dalam sidang media tadi.

Dalam masa terdekat, pihak polis akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan oleh sama ada ketua-ketua kerajaan atau ketua-ketua negara yang akan tiba untuk sidang kemuncak ini.

Setakat ini kawasan yang dikenalpasti terlibat untuk laluan ketua-ketua negara adalah sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Subang, dan TUDM Subang.

BACA JUGA Rafizi akhirnya jawab kenapa terpaksa ambil cuti dari tugas rasmi