Seramnya, tiba-tiba ramai, nyawa di hujung parang
Tular klip video rakaman kamera papan pemuka yang menunjukkan sekumpulan individu cuba menyerang sebuah kenderaan dengan menggunakan parang.
Kejadian mencemaskan itu berlaku pada jam 10.35 malam semalam.
Semakan Harapandaily berdasarkan koordinat yang tertera mendapati insiden itu berlaku di Lebuhraya Dhaka-Madaripur, Bangladesh.

Menerusi rakaman tersebut, sekurang-kurangnya enam individu cuba menyerang dipercayai cubaan untuk samun.
Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan itu bertindak pantas dengan mengundurkan keretanya.
Rata-rata menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu terutamanya pada waktu lewat malam.
BACA JUGA Minta maaf tak ikhlas, KPN mohon kebenaran mahkamah penjarakan Papagomo