Sijil halal Jakim: MP DAP mahu kekal bawah Jakim, MP PN cadang pindah ke MITI

Tindakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan agar urusan pensijilan halal Malaysia dipindahkan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) mendapat kecaman ramai.

Ini kerana, cadangan ini dibuat ketika sijil halal Malaysia yang diuruskan di bawah Jakim sudah mendapat tempat yang terbaik di dunia.

Bahkan pelbagai pihak di dunia cuba untuk mendapat kredit ini dengan bekerjasama dengan Jakim bagi membuat pensijilan halal mereka.

Wan Fayhsal, ketika berucap berapi-api membahaskan isu perang tarif Amerika di Dewan Rakyat, mencadangkan agar urusan pensijilan halal Malaysia dipindahkan kepada MITI untuk mempercepatkan urusan khasnya yang melibatkan pelaburan.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan bangkit membantah cadangan itu kerana sijil halal yang diuruskan oleh Jakim sekarang sudah mendapat tempat terbaik di dunia.

Bantahan itu diulangi oleh Syahredzan menerusi akaun X beliau, “Saya membantah cadangan YB Machang dalam Parlimen supaya peranan Jakim dikeluarkan daripada pensijilan halal.

“Pada saya, cadangan ini adalah cadangan yang ekstrim. Pensijilan halal kita adalah bertaraf dunia, ia harus dikekalkan dengan Jakim.”

Bagi Syahrezan juga, jika beliau yang mencadangkan agar pensijilan halal Jakim dipindah kepada Miti, ia sudah tentu mendapat serangan hebat dari Pas dan PN.

Kenyataan Syahrezan mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk pihak yang berpengalaman dengan industri dan pensijilan halal Jakim.

“Saya ada pengalaman dalam industri halal. Kenyataan beliau amat mengecewakan dan menghina kewibawaan institusi halal Jakim.

“Kenyataan ini kalau disebutkan oleh pemimpin Dap. Habislah depa kata, Islam semakin terancam. Laa ni, bagaimana ini?!

“Kenyataan daripada pemimpin PN. Islam semakin terancam juga tu?!” tulis Farid Ammar menerusi facebook beliau.

Bagi netizen, Wan Fayhsal telah memalukan Pas, sebuah parti yang mengaku Islam kerana beliau bertanding atas tiket Pas dalam pilihan raya umum lalu.

“Setuju tak yang pembangkang era PN ni adalah bala terbesar pada umat Islam? Lebih-lebih lagi si mat jargon Wan Ahmad Fayhsal yang bertanding atas tiket parti Islam.

“Ada ke sanggup nak minta kompromi standard halal Malaysia demi tarif…gila!

“Hujung-hujung Ahli Parlimen Melayu Dap Syahredzan Johan yang bangun pertahankan standard sijil halal Jakim.

“Sijil halal bukan lesen SSM boleh senang-senang nak dapat!!!” kata pentadbir laman facebook Demi Rakyat.

BACA JUGA Kalah di Ayer Kuning, Bersatu atau Pas tinggalkan PN dulu?