Ini buktinya cadangan PSB disuarakan sejak menteri zaman kerajaan PN
Oleh ZAIDI YUSOFF
Penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dikatakan menghalau miskin dari bandar.
Betulkah? Mari kita dengar apa kata Menteri-Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini.
Akta tersebut adalah perancangan dalam PLAN Malaysia yang dirancang seawal tahun 2021 lagi. Boleh baca di sini.
1) Ketika itu Menteri KPKT Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perdana Menteri Muhyidin, Zuraida Kamarudin kata perlu pinda akta berkaitan untuk menjayakan PLAN Malaysia ini.
2) Selepas itu, cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar telah diutarakan oleh Menteri KPKT zaman Kerajaan PN seterusnya yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Reezal Merican.
Boleh ikuti jawapan menteri ketika itu:
3) Apabila Kementerian sekarang cadang untuk kelulusan sekarang tiba-tiba kata nak halau orang miskin lah… Malaysian Malaysia lah…
4) Semasa mereka jadi Menteri dan buat cadangan yang sama masa PN jadi kerajaan dulu, tiada pula timbul isu halau orang miskin atau halau Melayu atau isu Malaysian Malaysia.
5) Kakitangan kerajaan dalam kementerian yang samalah zaman PN dan kerajaan sekarang yang rangka undang-undang tersebutlah..
6) Jadi, kepada pemimpin jangan jadi munafik dan kepada ahli jangan mudah sangat kepala kena kencing.
Zaman mereka yang rancang, tiba-tiba orang lain pula jadi konon nak halau penduduk.
7) Allah bagi akal, ilmu dan agama untuk pastikan bahawa agama ini tertegak dengan dengan hujah dan dalil bukan dengan sampah-sarap.
BACA JUGA Minta maaf tak ikhlas, KPN mohon kebenaran mahkamah penjarakan Papagomo