Menantu Hadi Awang bersumpah rumahnya hancur jika bantah Akta PSB kerana politik

Menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat sumpah laknat atau mubahalah bahawa rumahnya akan hancur sekiranya himpunan menentang Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dilakukan untuk politik semata-mata.

Zaharudin Muhammad membuat sumpah laknat itu  ketika seruannya supaya orang Melayu turut serta berhimpun, dianggap “membuang masa dan sia-sia” oleh seorang pengguna Facebook.

Beliau membalas komen pengguna tersebut dengan mendoakan rumah individu itu dirampas dan diroboh.

Beliau juga mencabar individu berkenaan membuat sumpah laknat sepertinya.

“Cuba mubahalah jika berani. Saya jual..

“Saya zaharudin muhammad bersumpah dengan nama Allah swt, saya kempen ini kerana mambantu mangsa yang ditindas. jika saya turun dan lakukan himpunan ini kerana kepentingan politik semata-mata, bukan niat ingin membela nasib mangsa yang dizalimi. Semoga Allah meruntuhkan rumah saya.

“Ini saya dah jual. Cuba awak beli mubahalah saya ni,” katanya membalas komen pengguna berkenaan.

Sebelum itu beliau memuat naik hantaran menyeru orang Melayu untuk berhimpun pada 24 Mei nanti.

Orang ramai mengkritik sumpah laknat dibuat ahli Pas itu yang dianggap berlebihan hanya kerana ada yang tidak setuju dengan himpunan tersebut.

Gambar dari Facebook Hasnul Zulkarnain

BACA JUGA Pemimpin Bersatu ini dikompaun RM10,000, boleh pula dakwa menteri ‘sakit hati’