PSB tidak boleh dikesampingkan, mahu terus mundur pilihlah Pas
Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN
Setiausaha Agung Pas dilaporkan berkata, “Pihaknya kekal beranggapan bahawa akta berkenaan bercanggah dengan Akta Pengambilan Tanah.
“RUU itu bercanggah dengan Perlembagaan sedia ada yang menjamin tidak boleh mengambil harta seseorang tanpa mengikut undang-undang.”
Per. 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan,
- Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.
Dalam kes, Jais Chee & Ors v. Superintendent of Lands & Surveys Kuching Division, Kuching [2014] 4 MLRA 48 dinyatakan,
“In the instant appeal, art 13 of the Federal Constitution was relevant and simply required owners of compulsorily acquired lands to be paid “adequate compensation” by the relevant authorities.
“The word ‘adequate’ can only mean what is fair and reasonable compensation.”
Pampasan mencukupi
Ini bermakna dalam kerangka Per. 13, harta seseorang itu khasnya tanah atau bangunan boleh diambil oleh pihak kerajaan asalkan tuan punya itu dibayar dengan pampasan yang memadai dan munasabah.
Dalam kerangka ini juga Akta Pengambilan Tanah 1960 itu digubal yang mana terdapat proses inkuiri untuk menentukan nilai pampasan yang akan dibayar.
Nilai pampasan lazimnya akan mengikut nilai yang ditentukan oleh penilai kerajaan.

Selain itu, tuan punya juga boleh memfailkan kes di mahkamah untuk menyemak sama ada tuan punya tanah atau bangunan itu diberikan pampasan yang mencukupi.
Jika Akta Pengambilan Tanah ini diguna pakai maka ia akan menjadi seperti kes penduduk di Kg Sungai Baru.
Waktu itu, Pas dalam kerajaan tebuk atap dan tidak membantah pun Menteri Wilayah sama ada Annuar Musa atau Shahidan Kasim menggunakan Akta Pengambilan Tanah.
URA atau Pembaharuan Semula Bandar (PSB) pula mempunyai tiga aspek utama,
i. Urban Redevelopment – pembangunan yang melibatkan perubahan kepada keadaan fizikal tapak termasuk pemusnahan bangunan, membangun semula bangunan dan menaiktaraf fasiliti.
ii. Urban Regeneration – pembangunan di kawasan pembangunan yang terbiar, usang dan ditinggalkan melalui proses membaiki bangunan sedia ada atau menaik taraf fasiliti.
iii. Urban Revitalisation – pembangunan yang dibuat untuk membaik pulih bangunan seperti naik taraf, penceriaan dan lanskap.
Isu utama yang dibangkitkan dalam URA adalah mengenai consent atau ambang persetujuan (consent threshold).
Jika bangunan itu berumur 30 tahun, ambang persetujuan adalah 80%.
Jika lebih 30 tahun, ambangnya adalah 75%. Jika ada sijil pengesahan jurutera bahawa bangunan itu sudah usang, 51% dan jika bangunan telah ditinggalkan, 50%.
Mendapat perlindungan
Di dalam URA ini ada diwujudkan mekanisme untuk memastikan pemilik atau tuan punya mendapat perlindungan iaitu dengan mewujudkan Federal Executive Committee (FEC) yang bertanggungjawab untuk memastikan hak dan kepentingan pemilik dan tuan punya ini terjamin dan dilindungi (S. 6(3)(d)).
Mungkin draf akta URA berkaitan peruntukan ini boleh diperbaiki untuk menjamin hak pemilik itu dilindungi dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ehsan FEC.
Pemilik atau tuan punya perlu diberikan peranan yang lebih aktif di bawah URA.
Draf URA yang dibuat oleh KPKT ini mungkin belum sempurna. Namun, keperluan untuk mengadakan URA ini tidak boleh dikesampingkan.
Banyak bangunan di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bharu dan Georgetown yang sudah usang tetapi tidak dapat dibangunkan kerana masalah ambang persetujuan ini.
Jika Pas berpegang URA ini bertentangan dengan Per. 13 maka Pas tidak perlu tolak keseluruhan URA.
Jika Pas menolak URA bermakna Pas ingin mundur ke belakang dan membiarkan bangunan usang ini terus usang sampai bila-bila.
Akta Pengambilan Tanah adalah berbeza sama sekali dengan URA.
Akta Pengambilan Tanah digunakan untuk kerajaan mengambil tanah secara paksa (dalam kata lain merampas tanah dan membayar pampasan).
URA pula adalah berkait rapat dengan negosiasi bersama pemilik untuk faedah pemilik itu sendiri.
URA tidak merampas tanah pemilik tetapi membangun semula tanah atau bangunan usang dengan tujuan untuk menaikkan semula nilai hartanah tersebut.
Jika ingin terus mundur pilihlah Pas sebagai kerajaan kerana Pas menolak pembangunan yang memberikan faedah kepada rakyat.
Pas sepatutnya memberikan cadangan lain untuk menambahbaik URA dan bukan membangkang sepenuhnya akta URA ini.
BACA JUGA Cuba kalau MP DAP yang cadang, melompat lebai Pas