India dan Pakistan berperang, beras kita beli? Bukan, beras kita boleh terjejas

Semenjak tercetus konflik di antara India dan Pakistan yang bermula sejak serangan pengganas di Pahalgam, Kashmir timbul kebimbangan berkenaan bekalan beras Malaysia.

India merupakan pengeksport beras utama dunia. Pakistan pula pengeksport beras keempat. Kedua-dua negara ini turut mengeksport bawang dan bekalan makanan lainke negara-negara Asia Tenggara.

Pada hari Rabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi amaran bahawa pihaknya akan terpaksa mencari beras di negara lain sekiranya konflik India-Pakistan menjejaskan kemudahan perdagangan dan Pelabuhan.

“Kestabilan politik dan ekonomi (India dan Pakistan) penting untuk keterjaminan makanan Malaysia.

“Jika peperangan atau ketegangan timbul, ia akan menjejaskan operasi Pelabuhan atau infrastruktur penghantaran, import beras ke negara kita akan terjejas,” kata beliau, lapor South China Morning Post semalam.

Pengeluaran beras negara kini memenuhi 50 peratus permintaan domestik sahaja.

Lebih daripada 40 peratus diimport dari India dan Pakistan, dan selebihnya dari Vietnam, Thailand dan Kemboja.

Pada hari Khamis, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Arthur Joseph Kurup menyatakan bahawa negara kita mempunyai simpanan bekalan beras yang cukup untuk menampung keperluan lebih daripada enam bulan.

BACA JUGA: Berita baik untuk rakyat, Menteri umum jumlah had kampit beras yang boleh dibeli