Sah PH, BN akan bekerjasama di PRN Sabah
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada semalam.
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN Negeri Sabah,” kata Sekretariat Kerajaan Perpaduan dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibuat bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pada masa sama, kenyataan itu memaklumkan segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan.
BACA JUGA 10 nama bertanding Naib Presiden PKR, jawatan Timbalan masih kosong