Pemilihan PKR: Fahmi Fadzil jadi calon MPP bukan kerana jawatan
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat PKR bukan kerana jawatan.
“Saya, Fahmi Fadzil, dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati, ingin memaklumkan bahawa saya menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan parti tahun ini.
“Saya membuat keputusan ini bukan kerana jawatan, tetapi kerana amanah perjuangan.”
Beliau menambah bahawa partinya merupakan wadah reformasi berasaskan dan bukan parti politik semata-mata.
Justeru itu kepimpinan pusat yang dipilih wajar mencerminkan nilai-nilai seperti integriti, ketekunan dan keberanian yang didokong sejak zaman Reformasi.
“Saya percaya KEADILAN bukan hanya sebuah parti politik, tetapi wadah reformasi berasaskan prinsip. Untuk itu, kepimpinan pusat mesti mencerminkan nilai-nilai integriti, ketekunan, dan keberanian yang diwarisi sejak tahun 1998.
Beliau juga mahu anggota – anggota parti mengangkat partinya demi generasi masa hadapan.
“Saya mohon kepercayaan saudara-saudari untuk sama-sama mengangkat KEADILAN ke tahap yang lebih tinggi. Bukan untuk kita saja, tetapi untuk generasi yang akan datang.”
Pemilihan MPP PKR akan berlangsung pada 23 Mei di Johor Bahru.
BACA JUGA: Pemilihan PKR: Noraziah pertahan kedudukan di dalam MPP untuk penggal kedua