Aksi ibu gajah meratapi kematian anaknya runtun hati ramai
Sejak semalam media sosial dibanjiri dengan rakaman dan poster ibu gajah yang meratapi kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.
Tindakan ibu gajah yang langsung tidak berganjak dan berdiri kaku di sisi lori yang menggilis anaknya meruntun hati ramai.
Menurut laporan, anak gajah jantan yang maut dilangga dianggarkan berusia lima tahun.
Ibu gajah pula dianggarkan berusia 25 hingga 27 tahun. Tindakan menangkapnya terpaksa dilakukan kerana ia tidak mahu berganjak dari lokasi kejadian dan menghalang laluan.
Semalam, seluruh dunia meraikan Sambutan Hari Ibu. Momen ibu gajah yang setia menanti anaknya dicoretkan dalam poster, menjadi simbol jelas tentang naluri keibuan dan pengorbanan yang luar biasa.
Rakyat Malaysia turut berduka melihat kejadian tersebut, mendoakan ibu gajah segera pulih dari trauma besar.
BACA JUGA Surat saman Khalid dah siap tapi Rafidah masih ‘menghilang’