Bekas pemimpin DAP: ‘Pas pengkhianat, patut dilucutkan kerakyatan’

Bekas exco Selangor dan mantan pemimpin DAP Teng Chang Khim menyifatkan perbuatan Pas Terengganu menyalahgunakan bendera Malaysia dalam poster hebahan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu sebagai pengkhianat.

“Pas pengkhianat. Bendera pun tak kenal. Patut dilucutkan kerakyatan.

“Malu. Tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook malam tadi.

Pendirian tegas Teng ini menyerupai pendirian Pas sebelum Pas Terengganu terpalit dalam kontroversi ini.

Logo kontroversi Himpunan Teguh Memimpin Terengganu memaparkan Jalur Gemilang di sebelah kiri dengan 11 bintang dan 12 jalur merah putih.

Sebelum ini dua akhbar berbahasa Cina, pameran di Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan turut terpalit dengan dengan kontroversi Jalur Gemilang.

Kesalahan penggunaan Jalur Gemilang pada logo program anjuran Pas itu menjadi bualan memandangkan dijangka riuh rendah jika pemimpin kerajaan atau mana-mana pihak lain yang melakukan kesalahan sama.

BACA JUGA: Selepas jenuh dikecam, Pas jawab “kekhilafan teknikal yang tidak disengajakan”