Menyedihkan 8 anggota FRU maut, ini puncanya
Seramai lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon, nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.
Sayani berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi.

“Setakat ini, saya boleh mengesahkan bahawa lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.
“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,” katanya, dipetik BH.
BACA JUGA Pemilihan PKR: ‘Beristiqamahlah dan berkempen di atas paksi setiakawan’