Harga Beras Putih Import (BPI) seluruh negara diselaraskan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan bahawa harga beras putih import (BPI) telah diselaraskan dan diturunkan di seluruh negara kepada RM2,600 per metrik tan.
“Berkuat kuasa 15 Mei 2025, harga BPI di semua pintu gudang BERNAS di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada RM2,600 per metrik tan.
“Ini merupakan pelarasan kali kedua selepas penurunan harga pada 1 Disember 2024, daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.
“Manakala itu, program subsidi BPI oleh Kerajaan Persekutuan bagi negeri Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu kenyataan.
Pelarasan ini adalah hasil sesi libat urus kementerian beras Bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dengan mengambil kira faktor semasa termasuk perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.
Beliau menambah bahawa harga BPI berjaya dikurangkan setelah mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran tunggal yang tidak dinamakan.
Sumber bekalan beras juga diperoleh dari kalangan negara ASEAN seperti Vietnam, Negara Thai dan Myanmar.
Ini adalah sebahagian daripada pendekatan strategik BERNAS.
BACA JUGA: Papagomo dakwa banyak akaun kena ‘banned’, tak pakai dah nama Sir Azri