Nak berjuang jangan terpedaya dengan ‘lebai’

Oleh NORMAN RADZUAN

Mana pejuang Melayu yang siang malam menulis menghentam kesilapan Jalur Gemilang? Macam orang kena sawan menulis pagi petang siang malam apabila bangsa Cina lakukan kesilapan.

Apabila kena bangsa sendiri, uh pun tidak, ah pun tidak, eh pun tidak. Sebab itu, saya kata mereka ini pejuang tahi kucing yang penuh rasa kebencian kepada kaum-kaum lain.

Anda masih ingat… ‘Sekadar mohon maaf bukan tiket lepas hukuman’.

Anda masih ingat, ‘Ia bukan kesilapan tetapi disengajakan.’ Anda masih ingat, ‘bangsa Cina ini memang sudah kurang ajar’.

Namun, tiba apabila orang Melayu buat, cukup sekadar minta maaf. Mudah sungguh dimaafkan, nak ketawa ke nak menyumpah?

Nak kata pejuang Islam pun bukan sebab mereka tidak faham ajaran Islam. Allah dah berpesan pada kita dalam al-Quran.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak (kebenaran) kerana Allah (dan) saksi-saksi (yang bertindak) dengan adil.

“Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa…”

Apa itu takwa yang Allah beritahu kita? Syarat utama kelayakan ke syurga ialah takwa dan ia adalah matlamat utama kewajipan berpuasa iaitu melahirkan manusia bertakwa.

Kena ikut pesan Allah kalau nak masuk syurga, bukan pesan lebai yang kerjanya mengapi-apikan perkauman.

Sebab itu nak berjuang kena adil. Jangan terpedaya dengan lebai-lebai ini. Pakai kopiah simpan janggut tipu berjuta-juta duit bangsa sendiri konon untuk pelaburan.

Ada kuasa beri tanah ribu ekar buat ladang haram durian, pakai kopiah putih pungut buka pusat tahfiz minta derma terbang ke luar negara… Kalau jenis berpolitik jangan percayalah.

Apa nasib penduduk Ayer Kuning? Apakah keputusan air yang diambil? Masihkah ada tahi babi lagi di situ? Bagaimana nasib Abang Belon? Sudahkah dia dibawa menunaikan umrah seperti dijanjikan?

BACA JUGA UM ambil langkah berani ke arah berdikari sepenuhnya tanpa harapkan Putrajaya