Pendengaran kes Muhyiddin: 11 Jun jadi penentu dalam usaha pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi
Pendengaran kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 11 Jun.
Perkara ini didedahkan oleh peguam beliau dalam sebutan kes kepada hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Ia ekoran permohonan Muhyiddin yang membangkitkan persoalan perundangan yang rumit berhubung peruntunkan di dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Kes akan dihakimi Hakim Mahkamah Tinggi Jamil Hussin.
Azura turut memutuskan pendengara kes di Mahkamah Sesyen akan berlangsung selama 11 hari mulai September tahun ini sehingga Januari 2026.
Pihak pendakwaraya mahu memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan. Mereka termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Tengku Zafrul Aziz dan hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Muhyiddin, 77, berdepan tuduhan salah guna kuasa berhubung program Jana Wibawa dan telah memperoleh RM232 juta untuk parti beliau pada tahun 2021.
Beliau turut berdepan dua tuduhan memperoleh dana dari aktiviti haram, berjumlah RM195 juta dari Bukhary Equity yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank Bersatu di CIMB.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut berdepan tuduhan memperoleh wang haram sejumlah RM5 juta.
Ini adalah cubaan Muhyiddin kedua untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
Percubaan sulung dibuat pada bulan Julai 2023 tetapi gagal.
BACA JUGA: Papagomo dakwa banyak akaun kena ‘banned’, tak pakai dah nama Sir Azri