Ada pertukaran kepimpinan dalam PN di Perak kah?

Hantaran Facebook Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari menimbulkan persoalan berkaitan pertukaran kepimpinan di dalam PN Perak.

Ini kerana Fadhli menyatakan bahawa naib presiden Radzi Jidin mempengerusikan mesyuarat meskipun beliau ketua penerangan PN, lapor FMT.

“Mesyuarat Jabatan Penerangan dan Komunikasi Perikatan Nasional hari ini dipengerusikan oleh Datuk Dr Radzi Jidin, Ketua Penerangan Perikatan Nasional,” tulis Fadhli.

Turut disertakan sedutan rakaman mesyuarat tersebut.

Pada bulan Disember, naib presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang lebih dikenali sebagai Peja dinamakan ketua penerangan PN. Beliau mengambil tugas daripada Datuk Seri Azmin Ali yang kini menjadi setiausaha agung parti.

Radzi pula dilantik menganggotai Majlis Tertinggi PN Bersama naib presiden Ronald Kiandee.

PN belum lagi mengumumkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pertukaran kepimpinan yang melibatkan Peja dan Radzi.

Naib pengerusi Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar telah pun meletakkan jawatan sebagai bendahari PN dan jawatan itu masih kosong.

Sebelum ini juga timbul pergolakan di dalam Bersatu yang melibatkan Peja.

BACA JUGA: Pergolakan Bersatu Perak makin meruncing, ada akuan berkanun tolak kepimpinan Peja