Patutlah sibuk kira duit kertas RM5, pemandu ambulans terdiam campur terharu

Oleh MAT YOE

Tadi masa bawa ambulans, saya perasan ada lelaki di sebelah kiri ambulans sedang kira duit kertas RM5. Masa itu di hentian lampu isyarat.

Bila lampu bertukar hijau, saya meneruskan pemanduan seperti biasa. Sampai di hentian lampu isyarat seterusnya, lelaki tersebut berhenti di sebelah pemandu dan mengetuk cermin. Saya menurunkan cermin.

Beliau menghulurkan 4 keping not RM5 yang berjumlah RM20. Aku segera bertanya untuk apa duit ini. Beliau menjawab beliau sedekahkan duit ini untuk aku isi minyak ambulans.

Saya terdiam campur terharu.

Saya perasan name tag dan uniform kerja lelaki ini. Dari pemerhatian saya, beliau bekerja di stesen minyak.

Selesai tugasan hantar pesakit, saya menuju ke stesen minyak yang berhampiran dengan tempat saya.

Tekaan aku tepat. Beliau memang bekerja di situ. Saya minta nombor telefon beliau dari rakan sekerjanya.

Saya WhatsApp dan ucapkan terima kasih.

Saya berjanji akan belanja dia makan.

Beliau merupakan insan istimewa.

Terima kasih kerana sudi sedekah duit minyak untuk ambulans kami.

Beliau mendapat tahu perkhidmatan ambulans percuma ini dari Facebook saya dan beliau berazam untuk turut sama berinfaq kapada pertubuhan kami.

Terima kasih Shahrul.

BACA JUGA Guru membentuk sahsiah anak-anak, miliki karamah insaniah