Boleh cuba semak dah, Wang Tak Dituntut cecah RM13.3 bilion

Sebanyak RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut (WTD), setakat bulan lalu, menurut Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Menurut Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad, sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Jelasnya, individu atau waris mungkin tidak menyangka mereka mempunyai rekod WTD, selain ada yang tidak pernah membuat semakan dengan JANM.

“Mereka sebenarnya boleh membuat semakan atau mengemukakan permohonan tuntutan melalui portal rasmi atau aplikasi eGumis serta hadir ke cawangan JANM di setiap negeri.

“Kami akan terus melakukan promosi dan aktiviti turun padang menghebahkan kewujudan WTD kerana wang itu hanya boleh dikeluarkan oleh pemilik atau waris,” katanya, dipetik Bernama.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat WTD dengan lebih mudah tanpa sebarang kos melalui Portal eGUMIS iaitu portal rasmi WTD.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan.

BACA JUGA Ini sebabnya CFO Bursa Malaysia letak jawatan