Menjelang PRN Sabah: Ahmad Zahid tidak mahu ada perasaan kenegerian melampau
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan parti lain agar tidak bersifat kenegerian yang sangat kental.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, setiap parti memerlukan antara satu sama lain sebagai sebuah negara yang dibentuk atas semangat Persekutuan Malaysia.
“Kerana rasa keterbukaan ini, kita tidak mahu ada perasaan kenegerian yang sangat kental.
“Kenapa kita perlu membangkitkan perkara itu sedangkan kita memerlukan antara satu sama lain?

“Jangan membangkitkan perasaan yang begitu dan saya fikir kita sebagai sebuah negara yang dibentuk atas semangat Persekutuan Malaysia.
“Perkara itu harus menjadi tajuk utama bahawa kemajuan antara negeri saling memerlukan dukungan antara satu sama lain.
“Jangan terlalu berfikiran sempit dan jumud sebagaimana seorang pemimpin di Sabah yang menyatakan perkara ini setiap kali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir melancarkan Gerak17 UMNO Sabah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Parlimen Sepanggar, di Institut Kemahiran MARA (IKM), di Kota Kinabalu, hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kuasa autonomi kepada Sabah kekal sehingga ke hari ini yang turut bersandarkan kepada keyakinannya terhadap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam menaikkan semangat penyokong parti sehingga akar umbi termasuk penyelesaian lebih holistik untuk membentuk kerjasama bersama rakan-rakan lain.
BACA JUGA Pengerusi BN ingatkan tiada pihak anggap parti sebagai dominan