Nah, ini jawapan terhadap 4 fitnah MCA dalam isu MyKiosk

OLEH AHMAD MURSI

𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗖𝗔: 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗥𝗠𝟯𝟰,𝟬𝟬𝟬

Fakta: Harga seunit MyKiosk 1.0 adalah RM15,000, manakala MyKiosk 2.0 yang telah dinaik taraf berharga RM25,000, jauh lebih rendah daripada angka RM34,000 yang disebarkan.

𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗖𝗔: 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗣 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗣𝗞𝗧

Fakta: Perolehan dan tender terbuka dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukannya kerajaan pusat atau KPKT.

Malaysia mempunyai 155 PBT yang membuat keputusan berdasarkan keperluan setempat. KPKT hanya memberi peruntukan setelah PBT mengenal pasti tapak yang sesuai.

Soalan: Jika benar ada penyelewengan, di mana peranan ahli majlis MCA dalam PBT itu sendiri? Bukankah mereka sepatutnya memantau?

𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗖𝗔: 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗜, 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗟𝗜𝗡𝗧𝗜𝗥 SAJA 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗡𝗜

Fakta: Sebanyak 795 kontraktor telah dilantik oleh PBT di seluruh negara untuk menguruskan 7,323 unit MyKiosk, bukan dimonopoli oleh segelintir pihak. Pecahan kontraktor dan unit mengikut negeri:

Johor – 102 (1,185 unit), Kedah – 30 (278 unit), Kelantan – 58 (479 unit), Melaka – 34 (203 unit), Negeri Sembilan – 56 (371 unit), Pahang – 98 (778 unit), Perak – 50 (720 unit), Perlis – 9 (90 unit), Pulau Pinang – 13 (80 unit), Selangor – 123 (976 unit), Terengganu – 52 (362 unit), Sabah – 114 (1,082 unit), Sarawak – 41 (562 unit), Putrajaya – 1 (4 unit), Kuala Lumpur – 8 (51 unit), Labuan – 6 (22 unit).

𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗖𝗔: 𝗠𝗬𝗞𝗜𝗢𝗦𝗞 𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 ‘𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗧𝗜𝗛’

Fakta: 7,000 keluarga B40 telah mendapat manfaat daripada peluang berniaga melalui MyKiosk ini, dengan kadar sewa serendah RM10 sehari.

MyKiosk diwujudkan untuk membantu golongan B40 berniaga secara sah, selesa dan teratur, sambil memastikan kawasan bandar tidak semak dengan peniaga yang dikejar PBT.

Projek ini bukan sahaja menyelesaikan masalah penjaja, malah memperindah kawasan perbandaran. Urusan sewaan dikendalikan oleh PBT sendiri.

BACA JUGA Anwar Ibrahim semakin diiktiraf sebagai jurucakap global umat Islam