Hari pertama LIMA ’25, PM Anwar rasmikan RIBAT
Hari pertama Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) menyaksikan perasmian RIBAT oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RIBAT ialah kenderaan taktikal ringan mobility tinggi (HMLTV). Ia direkabentuk dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
RIBAT merujuk kepada amalan menjaga dan mengawal di persempadanan untuk mempertahankan keselamatan umat. Ia melambangkan kesiapsiagaan, keberanian, dan semangat pengorbanan demi tanah air.
Ia dinamakan sendiri oleh perdana menteri yang membawa nilai simbolik tinggi, serta merujuk kepada semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.
Anwar turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MILDEF dengan syarikat pertahanan utama Indonesia PT PINDAD dan kerjasama tersebut membuka peluang eksport, pemindahan teknologi serta integrasi sistem antara kedua-dua negara serantau.
Menurut Pengarah Urusan MILDEF Mohd Nizam Kasa, pelancaran RIBAT bukan sahaja mencerminkan keupayaan industri tempatan, malah satu manifestasi kejayaan dasar kerajaan dalam memperkasakan ekosistem pertahanan yang berdikari dan berimpak tinggi.
“RIBAT merupakan hasil inovasi tempatan yang membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu menjadi pengguna sistem pertahanan, tetapi pencipta teknologi strategik yang diyakini kerajaan dan komuniti global,” katanya.
Penanda Aras Nasional dan Serantau RIBAT dibangunkan oleh jurutera tempatan dengan sokongan kemudahan kejuruteraan bertaraf industri di Seremban dan Sepang.
Ia dilengkapi sistem perlindungan balistik modular dan direka untuk misi seperti rondaan, konvoi dan operasi khas.
BACA JUGA: Nga Kor Ming nak jemput Azam Baki datang ke pejabat, apa maksudnya?