Wan Ahmad Fayshal persoal ketiadaan pemimpin dalam Jelajah Bersatu, dibalas oleh exco pemuda, ketua penerangan

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah mempertikaikan program Jelajah Bersatu tanpa timbalan presiden dan naib-naib presiden.

“Kenapa Jelajah Bersatu turun ke negeri-negeri Timbalan, Naib Presiden (2) tak dijemput? MPT pun tak dimaklumkan. Luar biasa…” katanya menerusi Facebook.

Ekoran itu Exco Armada Bersatu Na’im Brundage berkata Bersatu tidak perlu bergaduh sesame sendiri secara terbuka.

“Perkara seperti ini seharusnya dibincangkan secara dalaman dan bukan di Facebook.

“Kita tidak mahu jadi seperti parti lawan yang sering bergaduh sesama sendiri di media massa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

“Saya percaya Bersatu mempunyai mekanisme tersendiri untuk menangani isu dalaman,” katanya lagi.

Selain Na’im, ketua penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz turut senada dengan Na’im.

Baginya persoalan sebegini wajar diketengahkan menerusi kumpulan WhatsApp MPT.

BACA JUGA: Pemilihan PKR: Calon MPP merayu agar kempen pemilihan bermaruah