CCTV jadi saksi apa sebabnya gadis ini terus dapat kerja
Hanya kerana mengutip sampah yang berselerak, seorang gadis menjadi bualan netizen apabila diterima bekerja di sebuah syarikat di Indonesia.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), gadis bertuah itu mengutip sampah bertaburan di atas lantai sebelum memasuki sebuah bilik untuk sesi temu duga.
Berdasarkan rakaman video yang tersebar di media sosial, calon berkenaan kemudiannya dimaklumkan telah diterima bekerja sebelum sesi temu duga berlangsung.
“Kenapa, pak?” tanya gadis berkenaan yang kelihatan seolah-olah tidak menyangka diterima bekerja di syarikat tersebut.

Beliau bahkan diminta untuk pulang ke rumah oleh majikannya dan datang bekerja keesokan harinya.
“Tidak perlu (sesi temu duga). Anda boleh pulang kerana sudah lulus. Esok datang kerja,” kata majikannya.
Rakaman CCTV yang dimuat naik di platform media sosial itu meraih jutaan tontonan dan mengundang reaksi positif orang ramai.
“Perkara yang kecil menyebabkan rezeki melimpah,” kata seorang netizen.
“Ciri-ciri pekerja yang rajin dan beradab,” demikian antara kata warganet.
BACA JUGA Tingkap kondo tingkat 29 tidak berjeriji, ini nasib budak perempuan 7 tahun