Tingkap kondo tingkat 29 tidak berjeriji, ini nasib budak perempuan 7 tahun
Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, Selangor semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar mangsa memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh ke lantai tingkat lima Ketika berada di rumah pengasuh.
Susulan laporan berhubung kejadian jam 12.30 tengah hari, anggota polis rondaan kemudian ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang di lantai tingkat lima.
“Pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan kematian mangsa.
“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah menjaga seorang lagi anak yang sedang kuarantin manakala bapanya bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan pengasuh terbabit sudah dirakam percakapan.
BACA JUGA Keluar dari zon selesa, ini antara nasihat kepada anggota AMK