‘Cukup-cukup lah tu Tun’ – Netizen respon hasrat Mahathir jadi PM lagi

Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghapuskan hukuman berkaitan 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sekiranya kembali memegang jawatan itu, mengundang reaksi bercampur-campur dalam kalangan netizen.

Mereka menunjukkan rasa terkejut dan kurang senang dengan kenyataan terbaharu itu yang dianggap seperti ‘ulang tayang’ sejarah lalu.

Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan keperluan Mahathir, 100, untuk kembali ke posisi tertinggi negara selepas dua kali menyandang jawatan tersebut.

Mereka menyifatkan sudah tiba masanya untuk beliau berehat dan tidak terus berpusing dalam kitaran politik yang sama.

“Tun, with due respect Tun dh berumur 100 Tahun, I know you’re strong compared with rakan sebaya Tun. Tun patut step down dari arena politik, rehat, jalan-jalan, atau mungkin sekadar penasihat paling paling pun,” komen @iam_ein pada satu laporan berita mengenai Mahathir.

“Sudah-sudah lah tu,” kata @notyourbatt.

“Cukup-cukuplah Tun. Dunia ini bukan milik kita,” tulis @AnakSgDerhaka.

“Orang tak boleh lupa zaman dia laksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” tulis pula @lehkewl.

“Dia kembali gais, nak buat comeback jadi PM ke 3 kali. Hahahahah,” kata @Oxyjunk.

Terdahulu, Mahathir yang akan mencecah usia 100 tahun pada 10 Julai ini, berkata, memansuhkan 3R adalah perkara pertama yang akan dilakukan jika dia diberi peluang memimpin negara sekali lagi.

“Saya mesti tahu apa yang rakyat fikirkan. Kalau mulut mereka ditutup, mereka mungkin berfikiran buruk terhadap kamu, tetapi kamu pula rasa semuanya baik-baik sahaja,” katanya dalam sesi dialog semasa pelancaran bukunya di Putrajaya.

BACA JUGA Nik Nazmi ikut langkah Rafizi untuk letak jawatan?