MP PN ini tanya pasal PADU dan takrif T15, netizen ‘sembur’ kait surat layang

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang seorang ini memang kerap menjadi ‘semburan’ orang ramai di media sosial.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bertanyakan perkembangan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) dan takrif T15 yang merujuk kepada 15 peratus isi rumah teratas dari segi pendapatan di Malaysia.

Soalan ringkas Wan Fayhsal yang dilihat berbau sindiran itu dilontar ketika hangat pemilihan PKR apabila penyandang jawatan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli menghadapi saingan daripada Nurul Izzah Anwar.

Menjengah ke ruangan komentar di akaun X wakil rakyat PN berkenaan, rata-rata mengecamnya yang pernah digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 18 Julai tahun lalu.

“Dalam Parlimen, kau debat betul-betul bukan baca surat layang sampai kena gantung.

“Sebab tu orang hantar pergi Dewan Rakyat dan tanya di sana bukan melalak pasal Blackrock, KWSP dan macam-macam lagi.

“Masa di Dewan Rakyat tak tanya menteri soalan begini, tumpang glamour saja pandai, menyalak pung pang pung pang tak habis-habis,” demikian antara kecaman warganet.

Dalam masa sama, pengguna X, Abdul Aziz Abdullah menasihati Wan Fayhsal agar tidak perlu menjadikan PADU dan T15 sebagai isu.

“Kalau urusan subsidi bersasar untuk RON95 dah dihantar ke MOF, maksudnya PADU dan takrif T15 juga siap. Dua-dua ni terkait dengan urusan subsidi bersasar,” jelasnya.

BACA JUGA CCTV jadi saksi apa sebabnya gadis ini terus dapat kerja